Translate

Friday 8 February 2013

Satu Impian

Hari ni Jumaat 8 Februari 2013 bersamaan 27 Rabiulawal 1434, Penghulu segala hari. Hari yang penuh persitiwa dalam sejarah Islam. Aku bukan nak bercerita tentang peristiwa-perisriwa itu. Aku cuma impikan, suatu impian yang aku tak pasti ianya boleh menjadi kenyataan atau tidak. Suatu impian yang bukanlah terlalu hebat atau 'out of this world' tetapi impian yang penuh rendah hati dan rendah diri. Aku impikan suatu suasana di mana setiap orang yang kita jumpa atau tidak jumpa, yang kita kenali atau tidak dikenali menyebarkan salam sesama Islam atau greetings bagi kepercayaan lain. Disebarkan senyuman dari hati yang murni. Tiada keluar perkataan dari mulut kita melainkan bercerita tentang kebaikan orang lain. Tidak 'instil hatred among each other'. Bila kita merasa ketidakpuasan hati, kecewa, terkilan, kita panjatkan doa di malam hari yang hening antara hamba dan Rabbnya mengadu kelemahan yang ada pada diri agar disampaikan kekecewaan, rasa terkilan itu kepada yang empunya diri. Agar semua merasa aman, tenang dan tahu diri bahawa sesungguhnya segala masalah datang sebagai ujian dan segala penyelesaian adalah ditanganNya. Aku ada satu impian...

No comments: