Translate

Wednesday 20 February 2013

Penghujung Jalan


Salam. Lebih 1400 tahun dahulu masyarakat jahiliyah Quraisy telah membuat tawaran kepada Nabi s.a.w dengan kuasa, harta dan wanita. Sebagai sogokan supaya Nabi Muhammmad s.a.w menghentikan dakwah mengajak manusia mengesakan Allah s.w.t. Tetapi Nabi s.a.w menolak tawaran mereka walaupon jika mereka berkuasa untuk meletakkan bulan dan matahari di kedua tangan Baginda s.a.w. Dan sudah pasti kafir Quraisy tidak mampu berbuat demikian. Islam bukan tertegak melalui harta, pangkat, darjat dan kedudukan. Masih kita tidak fahamkah? Islam hanya akan tertegak dengan kerisauan, usaha, tenaga, darah, doa dan linangan airmata. Suami yang keluar rumah meninngalkan anak isteri semata-mata untuk menyebarkan syiar Islam ke serata dunia. Isteri yang menanggung kerinduan mengambil tugas menjaga anak-anak. Anak-anak yang belajar bahawa sesungguhnya bukan ayahku yang memberi aku makan tetapi Allah s.w.t. Jalan usaha telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sahabat-sahabat r.anhum telah mengambil jalan usaha tersebut serta telah mencapai kejayaan yang gilang gemilang. Kerajaan Rom dan Farsi jatuh ke bawah telapak kaki mereka. Tapi bukan itu maksud tujuan mereka. Mereka bukan gilakan kuasa, kerajaan dan pemerintahan. Apa yang mereka inginkan hanya Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t matlamat mereka. Kenapa kita jauh menyimpang daripada perjuangan asal? Nabi s.a.w membawa manusia kepada Rabb Pencipta bukan makhluk kepada Pencipta. Jalan yang kita ambil bukan jalan yang dilalui oleh para Sahabat r.anhum. Bagaimana kita hendak bertemu Nabi s.a.w di penghujung jalan? Apa sebenarnya yang kita mahukan di dunia ni? Kemuncak kepada segala keseronokan, kenikmatan,kesakitan, kesengsaraan akan berakhir bila datangnya kematian. Itulah permulaan kehidupan yang sebenar. Tiada penghujung. Abadan abada

No comments: