Translate

Thursday 31 January 2013

Mulia Kita

Aku sedih dan kecewa bila melihat dan mendengar berita bila orang-orang Islam digelar teroris, fundamentalis, pemberontak atau seumpamanya. Lebih mengecewakakan lagi bila yang melabelkan mereka ini datang dari mulut orang Islam sendiri. Selama yang aku faham hanya ada dua golongan orang Islam, yang taat pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Yang satu lagi golongan yang engkar. Kenapa kita begitu mudah mengiya dan menerima gelaran-gelaran ini sedangkan ianya adalah propaganda jahat daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani? Kerana kita mudah terpedaya dengan dakyah mereka inilah menyebabkan kita mencurigai antara satu sama lain. Sememangnya Yahudi dan Nasrani berdendam dengan umat Islam berabad-abad lamanya.Mereka merencanakan 'divide and rules' agar kita tidak bersatu dan mudah diganyang serta dipermainkan oleh mereka. Kita kena bersatu atas satu Kalimah. Mulia kita kerana Islam. Hina kita kerana menjadikan dunia ini sebagai maksud kehidupan. dunia sementara, Akhirat kekal abadi. Biar susah kerana Islam di dunia. Kita nikmati kehidupan akhirat dalam Jannah Allah s.w.t abadan abada.


Tuesday 29 January 2013

Umat Nabi.s.a.w


Kita umat Nabi s.a.w. Rasulullah.s.a.w adalah sebaik-baik ciptaan Allah.s.w.t. Nabi s.a.w membawa rahmat ke seluruh alam. Tapi sejauh manakah pengakuan dalam dua kalimah syahadah kita yang kita terjemahakan melalui amal perbuatan? Cukupkah hanya dengan pengakuan kita maka kita menjadi umat Nabi s.a.w? Berapa ramai antara kita yang merasa selesa untuk berbincang mengenai agama? Kita seringkali berbual, bercerita mengenai perkara yang tiada kaitan dengan Islam. Cerita berkenaan ekonomi, sukan,politik,hiburan mengambil lebih daripada 90 peratus perbualan harian kita. Inikah yang Nabi s.a.w anjurkankan kepada umatnya? Bagaimana dapat dihidupkan 'mahol' atau suasana agama kalau kita sebagai umat Nabi s.a.w sendiri tidak berkeinginan untuk menghidupkannya? Mana mungkin penganut kepercayaan-kepercayaan lain akan berbincang tentang kehebatan Islam. Bila kita berbual, berbincang, bermuzakarah tentang kehebatan Allah s.w.t serta menselawati Nabi s.a.w maka para malaikat akan bertindan-tindahnhingga ke Arasy Allah s.w.t mendoakan rahmat dan pengampunan untuk peserta-peserta majlis-majlis sepert itu. Tidak hairanlah sekarang ini apa-apa perbincangan selalunya akan berlaku pertengkaran, perdebatan, pergaduhan hingga ke tahap membunuh.

Besar kemungkinannya majlis-majlis ini tidak disertai oleh para malaikat sebaliknya dihurungi oleh syaitan-ssyaitan. Allahu a'lam

Wednesday 23 January 2013

Kita merancang

Sejak bulan Disember 2012 aku telah adakan perbincangan dengan teman-teman ke mana arah aku akan pergi. Teman-teman menyarankan aku pergi samada ke Indonesia atau Filipina. Aku tahu akan perlu menerima saranan teman-teman. Bukan apa, bila peluang ada kita perlu mengambilnya. Bak kata seorang kawan, kita kena ambil rezeki kita samada di Amerika atau di mana-mana tempat di dunia ini. Selama ini kita telah salah memahami mengenai rezeki Allah s.w.t. Kita bukan cari tapi kita ambil. Kawan aku tu telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun lepas.Kita merancang.Keputusan ditangan Allah s.w.t. So tahun ni aku nak pergi rezeki aku samada di Indonesia atau Filipina. Wallahu a'lam

Monday 21 January 2013

Semakin Hampir

PRU 13 semakin hampir. Sungguhpun aku tak 'involve' dengan mana-mana parti politik tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air tumpah darah, aku ikuti perkembangan politik. Sebabnya, apa saja yang berlaku dengan politik tanah air akan memberi kesan secara langsung kepada seluruh penduduk Malaysia. Tak terkecuali aku. Aku tak akan berkempen untuk mana-mana pihak.Aku cuma rakyat biasa yang mempunyai akal fikiran, hati budi. Mana yang baik bagi aku tak semestinya baik untuk orang lain. Apa pun yang aku harapkan kepada yang bertanding,'be a gentleman'. kalah menang adat pertandingan. Biarlah bertanding secara jujur. Anda semua akan dinilai oleh masyarakat. jujur, walaupun lambat kesannya tetapi berpanjangan. Khianat, lambat laun akan tersungkur menyembah bumi.Selamat Bertanding

Sunday 20 January 2013

kembali meriah

Seingat aku kali akhir aku ambil tahu tentang perkembangan bola sepak Johor adalah pada tahun 1985-1986/ Masa tu pasukan Johor gah dengan pemain-pemain seperti Ervin Boban, Abbas Saad, Nasir yusof. Dollah Salleh, Khalid Shahdan, Wan Jamak dan ramai lagi. Mereke menjulang nama pasukan Johor di persada arena bolasepak Malaysia.Masa tu aku masih remaja lagi.Seronok menyokong pasukan di Stadium Merdeka. Sampai serak suara menjerit di tempat duduk penyokong. Selepas itu nama pasukan Johor tengelam. Tidak mampu menandingi kehebatan pasukan-pasukan lain. Setelah lebih 25 tahun kemeriahan itu kembali semula.Aku bersetuju dengan tindakan YM TMJ membentuk pasukan yang mantap biarpun terpaksa membelanjakan jutaan ringgit. Semoga 'vision' beliau dapat direalisasikan dengan kejayaan. Syabas YM TMJ! Pasukan Johor DT...Luaskan Kuasamu