Translate

Sunday 10 February 2013

Perjalanan ini - part 1

2010 tahun bersejarah bagi aku. Dengan izinNya aku memulakan perjalanan ke India. Berlepas dari LCCT Sepang, singgah di Sri Lanka teruskan perjalanan ke New Delhi. Perjalanan yang meletihkan. Musim panas yang tidak pernah aku rasa di Malaysia. Sebelum aku berlepas teman-teman yang pernah ke sana telah menerangkan beberapa perkara yang mungkin berguna untuk aku sepanjang 3 bulan aku berada di sana. Jadi bila aku menjejakkan kaki di New Delhi International Airport sedikit sebanyak aku telah bersedia untuk menghadapi suasana yang jauh berbeza dengan Malaysia. Hah! Benarlah kata-kata teman ku. Bukan tujuan aku untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. India sebuah negara yang kurang penjagaan dari segi kebersihan. Memanglah kalau sesiapa yang jaga kebersihan tahap 'gaban' rasanya akan pitam lihat keadaan sekelilingnya. Ok cukup.Seperti aku kata tadi bukan tujuan aku untuk memalukan. Aku berada di New Delhi selama 4 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Tamil Naidu yang jaraknya 2500km ke selatan. Dan untuk mengenali India tiada cara lain selain daripada 'travel' dengan cara India paling popular di dunia iaitu keretapi. Keretapi dan penduduk India tidak boleh dipisahkan sebagaimana irama dan lagu. Bintang popular Bollywood kalau berlakon

paling kurang pon akan berlari di tepi landasan atau bergolek-golek di atas gerabak.

No comments: