Translate

Sunday 3 February 2013

Cita-cita

Masa aku di sekolah rendah bila guru kelas bertanya apa cita=cita kami bila dah dewasa maka berbagai jawapan diterima. Ada yang bercita-cita menjadi guru, peguam,pilot,anggota tentera dan sebagainya. Hampir semua ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada kami dan mungkin juga kepada guru-guru kami itulah puncak kejayaan yang sebenar dalam kehidupan seorang pelajar. Sudah puluhan tahun aku tinggalkan alam kanak-kanak dan sebahagian dari kami telah berjaya mencapai cita-cita mereka.
Kini aku sendiri mempunyai anak-anak tetapi cita-cita kami semasa di alam sekolah rendah tidak aku dendangkan di telinga mereka. Anak-anak aku hantar belajar di madrasah hafiz dan hafizah. Tiap-tiap hari persekolahan mereka digunakan untuk belajar dan menghafal Al Quranul Karim. Ada juga yang bertanya apa akan jadi pada mereka apabila sudah dewasa kerana tidak belajar akademik? Macam mana nak kerja kalau tidak ada SPM, diploma, ijazah?
Maha Razik Allah s.w.t yang menyempurnakan razeki bagi setiap hamba-hamba ciptaanNya di darat dan lautan, di langit dan di bumi. Rezeki Minallah. Kalau kita berkeyakinan dengan segulung kertas yang boleh menentukan susah senang hidup ini maka kita telah mengecilkan kehebatan Allah s.w.t.

No comments: