Translate

Monday 27 May 2013

Tak dapat disangkal lagi. Segala-lanya datang dari Allah S.W.T. Senang susah, miskin kaya, sihat sakit, panas dingin...pendek kata semuanya di dalam genggaman dan penguasaan Allah. S.W.T. Ketika ini aku menulis dalam keadaan sakit. Seluruh anggota badan aku sakit. Pagi tadi tiba-tiba aku merasa seperti akan demam. Badan rasa seram sejuk. Aku tak kata aku hendak demam sebab seboleh-bolehnya aku tak mahu demam. Tapi demam bukan milik aku. Demam milik Allah s.w.t. Datang daripada khazanahNya. Aku tidak mahu mencari-cari alasan bagaimana boleh demam hinggap ditubuh badan aku.Kena hujan, musim demam, salah makan dan sebagainya adalah alasan yang kerap diberikan oleh sesiapa pun hanya untuk merasionalkan hal keadaan. Badan aku tidak panas tetapi sakit. Sakit yang melemahkan. Maha Suci Allah S.W.T. Apa pun yang datang aku perlu terima atau setidak-tidaknya belajar untuk menerima.


Ini adalah hanya suatu ujian dan peringatan bahawa andai kata kita semua diuji dengan sesuatu, samada berat atau ringan,itu adalah tanda bahawa Allah.S.W.T ingin mengingatkan. Bahawa kita masih ada masa untuk kembali rujuk kepadaNya

Wednesday 15 May 2013

Leaving On The Jet Plane

Dulu masa aku masih kanak-kanak aku sangat menggemari nyanyian. Kebetulannya abang serta kakak-kakak aku belajar di sekolah 'English Medium', makanya banyaklah lagu-lagu Inggeris yang diputarkan di rumah. Di rumah aku dulu dah ada 'radiogram' atau alat memainkan piring hitam. Selalunya setiap sarung piring hitam ada disertakan dengan lirik. Jadi mudahlah aku menyanyi bersama bila lagu-lagu itu diputarkan. Dari situlah aku menggemari lagu-lagu Bee Gees, Deep Purple, Leo Sayer, John Denver, Tom Jones serta penyanyi lain.Secara tidak langsung aku belajar Bahasa Inggeris melalui lagu. Salah satu lagu yang paling aku minati adalah lagu 'Leaving On The Jet Plane' nyanyian John Denver. Lagu 'country' yang sangat indah. Masa berlalu sehinggalah aku mulai belajar melibatkan diri bersama teman-teman pergi dari negeri ke negeri, negara ke negara bertemu dengan saudara-saudara seagama. Mungkin kerana inilah aku meminati lagu itu sejak kecil. Biar pun tidak seluruh rangkap lagu itu sesuai namun sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku. Aku tak pandai untuk menyatakan perasaan hati kepada anak-anak dan isteri betapa setiap kali aku keluar meninggalkan rumah aku akan merindui mereka.Untuk anak-anak serta isteri aku, biar kita terpisah di dunia ini kerana agama. Semoga kita dihimpunkan di akhirat di dalam Syurga Allah Subahanahu wata a'la.

Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari

Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari

Wednesday 8 May 2013

Masih Ada Masa

Modal kehidupan seseorang manusia adalah masa atau kita lebih senang menyebutnya dengan perkataan 'umur'. Selama mana umur kita masih ada selama itulah ikhtiar manusia. Akan tiba suatu masa di mana masa untuk seseorang akan menemui titik noktah. Habis sudah ikhtiar. Masya Allah. Begitulah pusingan alam ini. Setiap saat masa seseorang sampai ke penghujungnya, datang masa untuk manusia yang baru. Akhirnya setelah sekian lama pusingan ini berputar maka akan tiba masa di mana alam ini juga bertemu titik noktahnya.
Masa untuk sesorang itu bukanlah banyak sebenarnya. 60,70,80 tahun adalah masa yang cukup singkat. Jika seseorang yang berusia 60 tahun tidur purata 8 jam sehari maka dia telah menghabiskan masanya selama 20 tahun hanya utk tidur. Masa yang sesingkat ini adakah perlu kita habiskannya untuk berbalah,melakukan perkara yang sis-sia? Alangkah zalimnya seseorang terhadap dirinya sendiri jika masa yang ada tidak digunakan untuk mencari bekalan kehidupan yang sebenar. Rasulullah s.a.w telah berdoa " Ya Allah tiada kesenangan (yang sebenar) melainkan kesenangan akhirat". Doa ini dibaca ketika Rasulullah s.a.w menggali parit dalam peperangan Khandak. Manusia perlu jelas dalam mencari hal tuju kehidupan. Jalan yang terang lagi jelas telah ditunjuki oleh Rasululah s.a.w dan diikuti oleh Para Sahabat r.hu anhum. Sekarang modal kita semakin berkurangan. Sepatutnya kita telah mula menambah keuntungan untuk kita gunakan di suatu tempat di mana masa itu akan dilenyapkan batasnya. Masa di mana tiada penghujung. Selama, lama, lamanya