Translate

Wednesday 15 May 2013

Leaving On The Jet Plane

Dulu masa aku masih kanak-kanak aku sangat menggemari nyanyian. Kebetulannya abang serta kakak-kakak aku belajar di sekolah 'English Medium', makanya banyaklah lagu-lagu Inggeris yang diputarkan di rumah. Di rumah aku dulu dah ada 'radiogram' atau alat memainkan piring hitam. Selalunya setiap sarung piring hitam ada disertakan dengan lirik. Jadi mudahlah aku menyanyi bersama bila lagu-lagu itu diputarkan. Dari situlah aku menggemari lagu-lagu Bee Gees, Deep Purple, Leo Sayer, John Denver, Tom Jones serta penyanyi lain.Secara tidak langsung aku belajar Bahasa Inggeris melalui lagu. Salah satu lagu yang paling aku minati adalah lagu 'Leaving On The Jet Plane' nyanyian John Denver. Lagu 'country' yang sangat indah. Masa berlalu sehinggalah aku mulai belajar melibatkan diri bersama teman-teman pergi dari negeri ke negeri, negara ke negara bertemu dengan saudara-saudara seagama. Mungkin kerana inilah aku meminati lagu itu sejak kecil. Biar pun tidak seluruh rangkap lagu itu sesuai namun sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku. Aku tak pandai untuk menyatakan perasaan hati kepada anak-anak dan isteri betapa setiap kali aku keluar meninggalkan rumah aku akan merindui mereka.Untuk anak-anak serta isteri aku, biar kita terpisah di dunia ini kerana agama. Semoga kita dihimpunkan di akhirat di dalam Syurga Allah Subahanahu wata a'la.

No comments: