Translate
Tuesday 24 February 2015
Kunjungan Ke Shanghai
Sememangnya aku seronok dapat pergi ke Shanghai. Bandaraya yang cukup besar.Musim dingin bulan November.Beberapa hari di sana dapatlah aku mengunjungi ke beberapa tempat yang menarik.Aku dapati bandaraya Shanghai ni dijaga dengan bersih. Sungainya susah nak ditemukan dengan sampah sarap. Satu perkara yang sangat mengembirakan aku adalah apabila dapat bersolat Jumaat di sebuah masjid tua. Penduduk tempatan mengatakan bahawa usia tua itu telah didirikan lebih 1000 tahun yang lampau.Aku menunggu agak lama sebelum masuk waktu solat. Tuhan saja yang tahu betapa sejuknya aku rasakan.Maklumlah biasa kena cuaca panas.Bila sejuk sedikit dah tak senang duduk.Selepas solat aku abadikan gambar kenangan bersama penduduk Islam asal di sana.Biar dipisahkan dengan budaya,bahasa dan tempat tapi persaudaraan Islam tetap terjalin.
Negara China sebuah negeri yang sangat besar. Teringin untuk melawat Xian yang majoriti penduduknya beragama Islam.Suatu hari nanti.Insya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment